Blogger Backgrounds
Clip Art

CHAPTER BY CHAPTER DHYA NABILA

MY LIFE& MY PRIVATE N MY PERSONAL STORY.....AND THIS IS TRUE STORY..HEART TO HEART....


KEEP VIEW MY BLOG:)

Saturday, June 29, 2013

beban

Bismillah 

Ya Allah,tak terjangka dan tak sangka begitu berat dugaan yang aku terima...Mak telah pergi buat selama lamanya...Allahuakbar hanya Allah yang tahu segala gala rintihan hati kecil aku ini...Aku hanya dapat meluahkan dengan air mata namun jauh di sudut hati aku betapa hancur nya hati aku melihat ibu yg selama ini ada buat aku,susah senang aku..jatuh sakit aku..semuanya ada dekat sisi aku tiba tiba pergi menhgadap penciptaNYA...23.3.2013 jam 12.30 (sabtu) mak pergi tinggal kan aku dengan Amanah untuk menjaga ayah..Allah..hanya kau yang maha mendengar setiap doa ku...orang disekeliling mungkin sudi mendengar namun tak ramai yang sudi memahami...Dan Sekarang tinggal la aku seorang tanggung sedih,kecewa seorang...

Aku selalu menjadi bahan umpatan buat mak cik-makcik aku...Walau aku cuba beruasaha menjadi yang terbaik di mata mereka tapi jawapan nya tetap sama aku tetap busuk dan buruk..Dekat mana aku nak mengadu nasib?ayah?yang sentiasa mencari salah aku?kakak?yang selalu di sayangi makcik-makcik aku..Aku hanya ada Allah yang sudi mendengar doa aku siang dan malam...Betapa aku rindu kan mak saat ini...Betapa aku perlu kan sokongan mak sekarang ini...Aku dah penat untuk berusaha mengambil hati mak cik-makcik aku tapi kenapa mereka tak pernah kisah pasal aku...kalau keburukan aku cepat mereka nampak...teruk sangat k aku?bila  kelurga berkumpul aku sama macam "melukut di tepi gantang"sakit nya hati bila tak ada satu umat pon yang dalam keluarga aku cuba untuk faham aku...


kadang-kadang aku terfikir kenapa Allah x Ambil je aku?kenapa Allah seksa aku sampai macam ini sekali...tapi aku sedar bahawa ini la kehidupan..Allah terlalu sayang kan aku jadi dia bagi aku dugaan dan dia nk aku tahu yang "DIA' sentiasa ada untuk aku...penat langkah kaki aku ini untuk mengejar mereka yang sentiasa ingin kan yang terbaik..Aku percaya 1 hari nanti langkah kaki aku mesti berhenti dan Takkan mengejar mereka lagi...


Aku cume berharap Agar ada hari yang baik buat hari esok...Dan aku harap bila mata ini terbuka segala pedih,luka,kecewa,marah,sakit hati,sedih hilang sama macam hari yang terus bertukar...



Genap 100 hari mak pergi menghadap illahi...Buat mak owg akan sentiasa berdoa buat mak di sana..Dan IN SHA ALLAH kita akan berjumpa di sana....AL FATIHAH..

 

No comments:

Post a Comment